
Kuala
Lumpur – Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
dijangka akan kembali menerajui Selangor bagi mengantikan Azmin Ali.
Menurut
sumber SuaraTV, satu perjumpaan rahsia antara Khalid dan Presiden Pas,
Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah diadakan di Jakarta bagi membincangkan
mengenai perkara tersebut.
“Apa yang boleh saya katakan pada ketika ini, Tan Sri (Khalid) memang ada mengadakan perjumpaan bersama Hadi di Jakarta semalam.
“Namun
untuk pengesahan ada baiknya ia disahkan oleh Tan Sri sendiri apabila
dia pulang esok” katanya kepada SuaraTV sebentar tadi.
Menurutnya
dalam pebincangan itu ada 5 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor
dari PKR yang akan mengumumkan untuk ‘melompat’ sekaligus menyatakan
sokongan terhadap Khalid.
“Dengan
sokongan Pas dan Umno ditambah dengan beberapa orang Adun dari PKR itu,
Tan Sri dijangka bakal memperolehi mojoriti mudah.
“Usul
mengenainya akan dipersembahkan kepada Sultan Selangor dalam masa yang
terdekat bagi membolehkan kerajaan baru dibentuk” ujarnya lagi.
Pas
sebelum ini berhadapan dengan isu besar iaitu perbalahan dengan DAP
yang disokong oleh PKR dan kewujudan kumpulan dalam Pas yang cenderung
menyebelahi kedua-dua parti tersebut.
Dalam masa yang sama, Hadi dilihat hanya disokong oleh kumpulan pro ulama bagi mempertahankan dasar perjuangan parti itu.
Keadaan
kucar-kacir dalam Pas semakin ketara apabila secara tiba-tiba
terbentuknya Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) yang bergerak
atas nama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dengan alasan mahu mengukuhkan
kerjasama antara Pas dengan PKR dan DAP.
Namun
begitu ramai pemerhati politik melihat, kewujudan Pasma tidak
menguntungkan Pas sebaliknya menambahkan lagi kekalutan dalam parti
tersebut atau dalam bahasa mudah, Pas dilihat berpecah-belah.
No comments:
Post a Comment